Yayasan Amal Menabur Bakti di Sudan

img-20160914-wa0063Kassala, Sudan 14 september 2016. Seramai 21 Delegasi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT) telah menyempurnakan penyembelihan Ibadah Qorban dan Aqiqah yang diamanahkan oleh rakyat Malaysia.

Menurut ketua delegasi Dr Suhazeli Abdullah “Pada hari raya pertama delegasi telah berjaya menyempurnakan penyembelihan sebanyak 536 ekor lembu dan 400 ekor kambing di Wilayah Kassala. Dua kumpulan telah dibahagikan iaitu di perkampungan-perkampungan sekitar Kassala dan satu kumpulan lagi ditugaskan ke Kem pelarian Sagarab. Kem ini bersempadan dengan Erithrea yang menempatkan lebih 250 ribu pelarian dari Selatan Sudan, Erithrea dan Somalia.”

img-20160914-wa0066Katanya lagi “Pada hari raya kedua kami telah menyempurnakan keseluruhan baki wakalah haiwan Qurban dan Aqiqah untuk melengkapkan jumlah keseluruhan penyertaan sebanyak 726 ekor lembu dan 690 ekor kambing.”

YAMCT juga telah menyampaikan sumbangan naskah Al-Quran yang telah di wakaf oleh seluruh warga Malaysia dengan jumlah keseluruhan sebanyak 10000 naskah. Keseluruhan naskah Al-Quran ini kami telah agihkan ke madrasah-madrasah serta pusat tahfiz di sekitar Kassala, Sagarab dan juga Gadarif. Sebahagian naskah Al Quran juga telah diwakafkan ke Selatan Sudan dan Darfur.

img-20160914-wa0065Menurut Ustaz Wan Sukairi Abdullah “Sudan dipilih kerana sebuah negara umat Islam yang amat dhaif dan memerlukan sentuhan kemanusiaan dari negara Islam lain seperti Malaysia. Bebanan mereka bertambah apabila sejak 1983 hingga sekarang, Sudan Utara terutamanya Wilayah Kassala dan Gardarif menjadi tumpuan penghijrahan para pelarian Erithria, Somalia serta Selatan Sudan. Konflik perang saudara dan agama yang berlaku di tempat mereka tersebut telah mendesak penghijrahan beramai-ramai. Saya diberitahu bahawa dua minggu lepas seramai 100 ribu pelarian baru dari Sudan Selatan berhijrah ke kem-kem sekitar Kassala”

“Sehingga kini terdapat satu juta pelarian di sempadan-sempadan di negara yang saya sebutkan tadi dan di atas dasar itu maka kami pihak Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu mengadakan program Qorban & Aqiqah di sana dan Alhamdulillah umat Islam di Malaysia sangat prihatin untuk membantu umat islam di sana”. Kata Ustaz Wan Sukairi sebagai Pengarah Operasi Qorban YAMCT di Sudan 2016.

Abdul Raziq adalah salah seorang pelarian yang tinggal Kassala, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu serta seluruh warga Malaysia di atas di kecaknaan yang ditunjukkan terhadap nasib mereka.

Berita lanjut di Fb.com/Amalterengganu

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shortlink: