Negaraku Merdeka dan Selamatkan Gaza 2014

image

Selayang, 30 Ogos 2014; Yayasan Amal Malaysia sebagai penganjur utama bersama Muslim Care mengadakan program sambutan kemerdekaan di kawasan lapang Taman Selayang Mutiara.
Pengarah program Ustaz Fauzan yang juga AJK Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang turut menjayakan program tersebut. Kemeriahan program terserlah dengan munculnya beberapa orang selebriti seperti Afdlin Shauki, Nelofa, Heliza Helmi, Zaza dan ramai lagi. Selebriti Ustaz seperti Ustaz Syed Kadir Aljoofri, Ustaz Abdullah Khairi dan Ustaz Haslin Bollywood juga turut menggamatkan majlis yang tidak kurang dipenuhi seramai 35 ribu penonton. Kemuncak program adalah sesi soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus. Program sambutan merdeka ini berkonsepkan solidariti Gaza, di mana tema sambutan nya adalah Negaraku Merdeka dan Selamatkan Gaza.
image

Wakil Yayasan Amal Malaysia, Dr Suhazeli Abdullah hadir sama menyampaikan kata-kata aluan dalam majlis tersebut. Tayangan video telah dipancarkan bagi memaklumkan segala aktiviti Yayasan Amal Malaysia bagi membantu Gaza.
Ustaz Fauzan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak terutama sekali Amal Malaysia, Muslim Care, Persatuan Pemuda Perihatin Selangor, Pejabat ADUN Templer dan Majlis Perbandaran Selayang.
Kutipan derma “Air Mata Gaza” turut dilancarkan semasa majlis tersebut. Beliau akan menggerakkan jentera Pemuda Perihatin Selangor untuk dibuat program yang sama sepanjang bulan kemerdekaan ini.
Wartawan: 9W2SVA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shortlink: