Misi Korban dan Kemanusiaan di Kathmandu, Nepal

img-20160914-wa0032

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم.

Allahukbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Alhamdulillah usai solat sunat Aidiladha di Masjid Jamek Nepali, Katmandu pada hari Selasa, 13 September 2016, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Pulau Pinang telah menyempurnakan sembelihan Qurban/Aqiqah kambing dan kerbau di dua lokasi.
15 ekor kambing telah disembelih di pejabat cawangan Islami Sangh Nepai (ISN) di Ghanlaghar, Pusat bandar Kathmandu.
Manakala penyembelihan 27 ekor kerbau telah telah disempurnakan di pusat penyembelihan Chandragiri Municipal, Thankot di pinggir bandar Kathmandu.

img-20160914-wa0034Terima kasih kepada Tuan/ Puan yang telah menyertai dan mewakilkan Qurban/ Aqiqah kepada Yayasan Amal Malaysia Cawangan Pulau Pinang.
InsyaAllah resit dan sijil penyertaan akan dikeluarkan dalam masa dua minggu selepas program.

img-20160914-wa0029Semoga amal ibadat yang kita laksanakan mendapat ganjaran pahala dan dikira sebagai amalan baik diakhirat kelak.

Yang melaksanakan Amanah,
Norazman Ishak
Pengerusi YAMCPP

img-20160914-wa0033

img-20160914-wa0030

img-20160914-wa0031

img-20160914-wa0028

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shortlink: