Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan IFRD 2014

UCAPAN PGRH & PRESIDEN

 

Pada 22 hingga 25 September 2014 yang lalu, telah berlangsung dengan jayanya mesyuarat agung dwi-tahunan buat kali pertama bagi International Federation for Relief & Development (IFRD). Mesyuarat ini dianjurkan bersama oleh Yayasan Amal Malaysia dan Kerajaan Negeri Kelantan dan diadakan di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu.

ED1

IMG-20140924-WA0028

Mesyuarat Agung kali pertama ini dihadiri oleh 8 NGO berasaskan kebajikan antarabangsa yang merupakan ahli bagi IFRD terdiri dari Yayasan Amal Malaysia (Malaysia), Cansuyu Charity and Solidarity Organization (Turkey), Alkhidmat Foundation Pakistan (Pakistan), Al-Ehsan Charity Organization (Sudan), Baitulmaal Indonesia (Indonesian), Islamic Aid Bangladesh (Bangladesh), Human Welfare Foundation (India) dan Serendib Foundation for Relief & Development (Sri Lanka).

Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YAB Ustaz Dato’ Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan Darul Naim pada 22 September 2014. Kesemua delegasi ahli dan pemerhati sempat beramah mesra bersama YAB Menteri Besar Kelantan selepas majlis perasmian berlangsung.

Mesyuarat Agung ini turut menyaksikan pembentangan kertas-kertas kerja yang sangat bermanfaat dan berguna berkaitan isu-isu semasa dan kegiatan kebajikan yang dilaksanakan oleh NGO-NGO ahli dan pemerhati.

Sebagaiman mesyuarat-mesyuarat agung yang biasa, Mesyuarat Agung IFRD ini juga menyaksikan pemilihan pemimpin-pemimpin baru yang berkaliber bagi menerajui IFRD bagi sesi hadapan. Pemimpin yang dipilih dalam mesyuarat agung kali ini untuk menerajui IFRD untuk sesi hadapan adalah seperti berikut :

Presiden : Hj Husin Ismail (Malaysia)

Timbalan Presiden : Mustafa Koylu (Turkey)

Naib Presiden 1 : Muhammad Abdus Shakoor (Pakistan)

Naib Presiden 2 : Taufik Ramlan Wijaja (Indonesia)

AJK : Dr. Adam Saleh (Sudan)

AJK : Hj. Abdurrahman Zakariya Bawa (Sri Lanka)

AJK : Dr. Muhammad Redwanur Rahman (Bangladesh)

AJK : Abdussalam Abdulla Saimada (India)

IMG-20140925-WA0011

IMG-20140925-WA0018

Majlis penutup Mesyuarat Agung IFRD pada 24 September 2014 telah dirasmikan oleh YB Dato’ Muhammad Amar bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan bertempat¬† di Restoran Captain T, Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan. Pada petang sebelum majlis perasmian penutup, kesemua delegasi telah dibawa bertemu mantan Menteri Besar Kelantan, Dato Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shortlink: