Majlis Hi-Tea Asatizah Lembah Klang Bersama Dato’ Dr. Haron Din & AMAL Malaysia

IMG-20140622-WA0053

Yang Berbahagia Dato’ Dr Haron Din bersama Presiden Yayasan Amal Malaysia Tn Hj. Husin Ismail mendengar ucapan pengerusi majlis.

Majlis Hi-Tea yang bertujuan mengumpulkan para Ustaz & Ustazah di sekitar lembah Klang bersama Dato’ Dr. Haron Din, Pengerusi Majlis Perunding Pusat Dakwah Serantau, Yayasan Amal Malaysia telah diadakan pada 22 Jun 2014 di Hotel Putra Kuala Lumpur bermula jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.

IMG-20140701-WA0004

Tn Hj. Husin sedang menyampaikan ucapan

Seramai 32 orang terdiri dari Ustaz dan Ustazah telah menghadiri majlis ini yang turut dihadiri oleh Presiden Yayasan Amal Malaysia, Tuan Hj. Husin Ismail.

IMG-20140701-WA0024Para Asatizah diberi penerangan secara santai berkaitan Yayasan Amal Malaysia terutamanya Pusat Dakwah Serantau. Sesi dialog juga diadakan bagi menyatukan fikrah dan matlamat penganjuran. Majlis berakhir pada jam 5.15 petang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shortlink: