Majlis Graduasi Pusat Dakwah Serantau Kumpulan Ke-3

DSC_1030

BANGI 20 Jun 2014 – Majlis Graduasi kumpulan ke-3 dai’e Pusat Dakwah Serantau telah diadakan di Dewan Auditorium Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi. Seramai 20 orang dai’e telah menerima sijil Asas Dakwah dan sijil Asas Perubatan Islam Darussyifa’.

DSC_0862kecik

DSC_0842kecijk

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ybhg. Dato’ Wan Mohamad b. Dato’ Sheikh Abdul Kadir, mantan Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Antara tetamu kehormat yang hadir pada majlis ini ialah Ybhg. Dato’ Dr. Haron Din, Pengerusi & Pengasas Pusat Perubatan Islam Darussyifa’ merangkap Pengerusi Majlis Perunding Pusat Dakwah Serantau, YB Dr. Hjh. Halimah Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi & Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Left. Gen. (B) Dato’ Ghafir, mantan Timbalan Panglima Tentera Darat Malaysia serta Presiden Yayasan Amal Malaysia, Tn. Hj. Husin b. Ismail.

DSC_1002ke

Kesemua 20 para dai’e yang telah tamat kursus selama setahun di Pusat Dakwah Serantau akan kembali semula ke kampung halaman masing-masing bagi menjalankan kerja-kerja di lapangan dakwah kepada masyarakat di kampung halaman mereka.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shortlink: