Kempen Prihatin Ummah, Selamatkan Palestin di Negeri Sembilan

image

image

image

image

image

Alhamdulillah, perjalanan jelajah program “Kempen Prihatin Ummah, Selamatkan Palestin” peringkat Negeri Sembilan telah melabuhkan tirai pada petang tadi di Mydin Mall, Seremban 2.

ProgramĀ  yang dirangka dalam waktu yang singkat ini telah berjaya di laksanakan dengan anjuran bersama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Syarikat MES T & C, Mydin serta Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan diamanahkan untuk mengetuai program ini.

Selain itu, program ini juga mendapat kerjasama yang baik daripada beberapa syarikat swasta dan Ngo Islam seperti Nisa’ N9, Sektriat Pendakwah Muda Malaysia dan sukarelawan YAMNS.

Insya Allah dengan adanya program penerangan seperti ini dapatlah membantu kepada masyarakat awam untuk mengetahui dengan lebih dekat lagi permasalahan yang berlaku. Selain itu YAMNS mengambil peluang untuk mempromosikan NGO supaya lebih dikenali masyarakat khususnya gerak kerja yang dijalankan.

Kesimpulannya, gerak kerja penerangan ini perlulah digerakkan supaya penerangan terhadap kezaliman yang berlaku tidak mudah dilupakan. Terima kasih kepada Wakil Timbalan Presiden YAM, Wakil MAINS, tetamu VVIP kerana sudi hadirTerima kasih diucapkan kepada semua yang membantu dalam melaksanakan program yang besar ini. Semoga kita dapat bersama lagi dalam rangka kerja yang akan datang. Semoga Allah membalas jasa dan budi semua. Beramal Kerana Allah dan Berkhimat Untuk Kemanusiaan.

M. Saiful Ridzuan Bin Jasmin,
Setiausaha,
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan,
Pengarah Program,
Jelajah Kempen Prihatin Ummah, Selamatkan Gaza.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shortlink: