GEMPA BUMI DI NEPAL

TABUNG BENCANA NEPAL KECIK

Gempa bumi paling dahsyat dalam tempoh 80 tahun yang melanda Nepal diketahui umum.

Yayasan Amal Malaysia yang diamanahkan mengetuai gabungan NGO Islam 10 negara, IFRD (International Federation For Relief & Development) membabitkan Turki, India, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, Sudan, Mesir, Filipina, Indonesia dan Malaysia dengan kerjasama sekretariat gabungan Jameat Islami Sangh Nepal, telah memulakan gerakan bantuan bersepadu membantu mangsa gempa di Nepal bermula semalam 26 April 2015.

Misi Yayasan Amal sendiri di jangka akan berlepas sehari dua ini setelah laluan alternatif diperolehi kerana Katmandu Airport masih belum berfungsi untuk penerbangan komersial.

Bantuan rescue, perubatan, khemah, makanan, air bersih dan lain-lain amat diperlukan.

Sehubungan dengan itu, kami merayu sumbangan khususnya kewangan dari semua pihak seluruh rakyat Malaysia yang prihatin bagi bersama membantu mangsa gempa bumi di Nepal ini.

Kepada para dermawan, bolehlah menyalurkan sumbangan ke akaun khas mangsa bencana Nepal melalui :

Maybank : 5530-1012-2090
(YAYASAN AMAL MALAYSIA)

CIMB ISLAMIK : 1468-0000-19110-8
(YAYASAN AMAL MALAYSIA)

Sumbangan para dermawan amat dihargai bagi menjayakan misi membantu mangsa bencana gempa yang amat tragis ini InsyaAllah.

Hj. Hussin Ismail
Presiden Yayasan Amal Malaysia
merangkap
Presiden IFRD (International Federation For Relief & Development)

* Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

1) Hj Hussin Ismail : 019-951 1860
2) Hj. Jamuliddin Elias : 019-664 4796
3) En. Amir Ali : 019-648 0577

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shortlink: