Di Kassala Tulis Ayat Quran atas Papan Selit

Tulis Ayat Quran atas Papan Selit

Tarikan yang cukup menguja kami untuk buat khidmat amal di bumi Kassala Sudan adalah Papan Selit Al Quran. Ia ibarat mercu tanda keajaiban rakyat Sudan secara khusus. Papan selit yang dibuat dari kayu tempatan, pelbagai saiz dan senang dibawa. Dilakarkan bait-bait ayat Al Quran untuk bacaan dan hafalan. Ini lah bentuk dan kaedah pembacaan/hafalan Quran dikalangan masyarakat Sudan.

img-20160914-wa0103Rata-rata mereka tidak mencukupi musyhaf Al Quran sehingga terpaksa bergilir-gilir menggunakan musyhaf Al Quran dan sediaada sedikit itu.

Papan selit inilah yang mereka gunakan bagi menggantikan musyhaf Al Quran. Selain dari itu, antara teknik hafazan yang diamalkan, guru mengarahkan para murid menulis sendiri ayat bacaan masing-masing dan seterusnya menghafaz. Selagi tidak fasih hafazan, selagi itu tidak boleh dipadamkan.

img-20160914-wa0100Setiap kali program Qorban Aqiqah ke Sudan, YAMCT akan membuat tawaran skim wakaf naskah Al Quran bagi menampung kekurangan musyhaf Al Quran dalam masyarakat Sudan.

Catatan
Dr Suhazeli Abdullah
Misi Qorban Aqiqah Sudan 2016

Fb.com/Amalterengganu

img-20160914-wa0102

img-20160914-wa0101

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shortlink: