Delegasi Kedua Misi Kemanusiaan Yayasan Amal Tiba Di Kathmandu

 

IMG-20150515-WA0005

Kathmandu, NEPAL – Kumpulan seramai tujuh anggota kumpulan pertama delegasi kedua misi kemanusiaan Yayasan Amal Malaysia (YAM) tiba dibumi yang di ibu kota bumi yang digegar gempa pada petang Khamis .

Rombongan yang diketuai oleh Bendahari YAM, Haji Zaman Abdullah turut disertai oleh dua anggota media daripada Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu, Nazmi Ghazali dan Sazali Mohd Noor.

Selain itu bersama delegasi itu ialah mantan ADUN Kawasan Ladang Kuala Terengganu Dr Sulaiman Abdullah, aktivis YAM Kota Bharu Abdul Hamid Seman dan pengamal perubatan homeopati, Haji Salleh Farmin bersama pembantu Umar Zaman.

Kumpulan kedua delegasi kedua yang di ketuai oleh ADUN Meru  Dr Abd Rani Osman tiba bersama sembilan aktivis tiba pada sebelah malamnya.

Rombongan kali ini adalah menggantikan delegasi pertama yang diketuai oleh Presiden YAM Haji Husin Ismail, yang telah pulang ke Malaysia pada hari Rabu, setelah membuat tinjauan ekoran gempa bumi melanda Nepal pada 25 April lallu.

Selain meninjau kesrosakkan akibat bencana alam itu, delegasi pertama turut memberikan rawatan perubatan di beberapa buah wilayah.

Kehadiran delegasi kedua aktivis kemanusiaan bermula semalam 14 Mei tidak kurang pentingnya, apabila bumi yang terletak di banjaran Himalaya itu digegarkan gempa kali kedua.

Ratusan pekerja bantuan dan aktivis kemanusiaan datang berduyun ke bumi Nepal, dari serata pelusuk dunia.

Kehadiran para petugas dari negara barat termasuk dari Amerika Syarikat dan United Kingdom, dilihat berkampung di lapangan terbang Kathmandu.

Mereka bukan hanya datang dengan tenaga manusia dan bantuan, bahkan kapal-kapal terbang dari negara tersebut turut memuatkan jentera berat.

Manakala para petugas di kalangan NGO muslim yang dinaungi IFRD seperti NGO Khidmat dari Pakistan dan Islamic Relief membuka kem mereka di Masjid Jame di jalan Durbar Marg, dekat sini.

IMG_20150515_054903

Rakyat Nepal Pohon Bantuan Khemah

Tinjauan sekitar bandaraya ini sebaik tiba semalam, menyaksikan ramai diantara mangsa yang masih trauma dan enggan pulang ke rumah mereka.

Seorang mangsa gempa, Rashmi, berumur awal 30an, sedang mendukung anak perempuannya yang masih kecil, dipersimpangan Jame market.

Apabila kami memperkenalkan diri sebagai pekerja bantuan dari Malaysia, beliau tanpa rasa segan dan silu, merayu supaya dapat diberikan sebuah khemah, bagi beoiau dan anaknya berteduh dari terik mentari siang dan berlindung dari kesejukan malam.

Beliau berkata, rumahnya di kawasan Ason, dilanda gempa terbaharu dan retak, menyebabkan beliau tidak berani tinggal disitu.

“Arson dilanda gegaran kuat, banyak rumah yang runtuh………rumah saya di sana tekah retak, saya tak berani balik ke sana,

“Saya tidur di tanah lapang itu, dengan anak saya ini, saya mahukan khemah…….,”kata beliau.

Sementara itu, seorang jurugambar, Supin yang berumur 22 tahun berkata, rumah sewanya di Kathmandu terselamat dalam gempa bumi itu.

IMG_20150515_020257

Namun rumah keluarga beliau di kampung, yang terletak kira-kira sejam setengah perjalan keluar bari bandar itu, hancur musnah.

“Saya selamat, rumah (sewa) saya tak kena gempa……tapi keluarga saya di kampung tak ada rumah lagi, semua hancur,”katanya.

Katanya, beliau mempjnyai seorang abang yang bekerja di Malaysia sebagai seorang jurujual di sebuah kedai kain di Kuala Lumpur.

Sementara itu, bantuann kemanusiaan dari Timur jauh juga menyumbang kepada warga Nepal yang kini diduga dengan bencana dahsyat itu.

Khemah-khemah dari negara China dapat dilihat di kawasan lapang berhampiran Jame market dan dan kawasan lapang berhampiran Muzium Istana Narayanthi.

Sumber : Buletin Online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shortlink: